Bahan-bahan perapan
3 ekor sotong saiz besar
2 sudu besar pes tomyam
Bahan-bahan sos
1 biji tomato
5 cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 lada besar
3 tangkai daun ketumbar dihiris
1 sudu besar bijan goreng
1 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos ikan
garam
gula
Cara-cara
1. Bersihkan sotong. Kelar sotong tersebut. Sumbatkan kepala sotong kedalam badannya.
2. Lumurkan pes tomyam pada sotong. Perap sebentar 15 minit.
3. Bakar atas kuali non stick, atau arang
4. Bila dah masak angkat dan letakkan dalam pinggan
Cara menyediakan sos
1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Hidangkan sotong dengan parutan mangga, atau betik, atau ulam-ulaman pilihan anda.
Woooo... kecur liur tengok sotong bakar Mama Dee!
ReplyDelete