Assalamualaikum semua. Semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Hari ini mamadee ingin berkongsi satu resepi kegemaran mamadee sekeluarga, kimbap/ gimbap atau korean sushi.
Terdapat perbezaan antara kimbap dengan sushi jepun, iaitu nasi kimbap dicampur dengan minyak bijan, manakala sushi jepun nasinya digaul dengan cuka. Sushi jepun juga biasanya disajikan dengan kicap atau wasabi, tetapi kimbap ini anda boleh makan begitu sahaja.
Terdapat pelbagai pilihan filling yg anda boleh pilih untuk diisi didalam kimbap, seperti tuna, chicken strip, beef dll. Pendek kata, terserah kepada anda untuk berkreativiti dengan pilihan citarasa masing-masing. Kali ini mamadee memilih lamb sebagai filling. Kimbap ini sangat sesuai untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja atau kesekolah dan juga untuk berkelah.
Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan
1 cawan beras sushi
1/2 cawan air untuk memasak nasi
2 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam
Nori / seaweed untuk membalut kimbap
Bahan-bahan filling
Carrot dihiris panjang-panjang dan dicelur
Bayam dicelur
1 biji telur untuk dijadikan telur dadar (Telur dadar dipotong panjang-panjang)
Daging lamb dipotong memanjang
2 sudu teh minyak bijan*
1 sudu besar kicap*
1 sudu teh lada hitam*
Cara menyediakan nasi.
1. Bersihkan beras. Masukkan beras dan air kedalam periuk. Masak nasi seperti biasa.
2. Setelah nasi masak, masukkan kedalam bekas, campurkan minyak bijan dan garam kedalam nasi, gaul sehingga sebati. Ketepikan, biarkan nasi sejuk.
Cara menyediakan lamb filling.
1. Gaulkan lamb dengan bahan-bahan bertanda *.
2. Perap sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan lamb yang telah diperap tadi.
4. Goreng sehingga masak.
Cara assemble kimbap
1. Letakkan seaweed diatas bamboo mat. Letakkan nasi diatas seaweed tadi. Ratakan nasi.
2. Kemudian letakkan bahan-bahan filling, telur, daging, carrot dan bayam.
3. Kemudian gulung kimbap dengan berhati-hati.
4. Setelah siap digulung, ambil pisau dan potong kimbap dalam 1/2 inchi tebal. Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment