Friday, June 3, 2016

Homemade burger patty


Assalamualaikum semua pembaca. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya. Tahun ini mamadee berpuasa di bumi Australia lagi. Tiga tahun berturut-turut kami disini berpuasa pada musim sejuk. Tempoh berpuasa singkat sedikit berbanding dengan Malaysia.  Tapi berpuasa pada musim sejuk ini ada cabaran yg tersendiri. 

Berbalik kepada resepi, kali ini mamadee menyediakan beef burger. Burger patty tersebut mamadee adunkan sendiri mengikut citarasa sendiri. Tekstur burger patty ini juicy dan rasa seakan-akan gourmet burger. Mungkin kerana mamadee adunkan bersama parutan keju parmesan didalam adunan ini. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
500g daging lembu kisar
1 biji telur
1/2 cawan bread crumbs putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh rempah piri-piri
1/2 sudu teh lada hitam
1 labu bawang besar holland dicincang halus
1/3 cawan parutan keju parmesan
Garam secukup rasa

Cara membuat burger patty
1. Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Kemudian bentukkan 6 biji bebola. Leperkan bebola daging tersebut.
3. Sejukkan didalam peti ais selama 15 minit.
4. Sedia untuk digoreng/bakar.

Cara menyediakan burger.
1. Panaskan kuali non stick. Letakkan satu sudu  besar majerin/butter.  Kemudian letakkan burger patty diatas kuali tersebut.
2.  Sprinkle sedikit lada sulah, lada hitam, kicap manis ke atas burger patty yg sedang digoreng tadi.
3. Balik-balikkan patty tersebut sehingga kedua-dua belah agak garing. Setelah burger patty masak, bolehlah dihidang bersama roti bun, hirisan tomato, hirisan bawang, salad dan sos kegemaran.


No comments:

Post a Comment