Monday, June 20, 2016

Mocha chocolate chip cookies



Assalamualaikum, alhamdulilah dah hampir 15 hari kita berpeluang berpuasa.  Minggu ini juga merupakan minggu terakhir persekolahan anak saya sebelum cuti semester bermula. Pada setiap tahun sebelum menyambut Aidilfitri, saya akan memberi gift biskut raya kepada guru-guru anak di sekolah.



Tahun lepas dah bagi semperit (boleh lihat resepi semperit di sini), tahun ini saya bagi biskut coklat mocha dan juga biskut kelapa delima (resepi boleh lihat disini). Hajat dihati nak buat tart nenas, tapi dek kesibukan melampau-lampau sekarang, hajat tu terpaksa ditunda. Konsep tahun ni, semua biskut raya simple dan senang sahaja yg sempat mamadee buat untuk keluarga.


Didalam plastik gift untuk guru-guru itu saya sertakan juga penerangan ringkas tentang bulan Ramadan dan Aidilfitri.  Ramai non-muslim disini yang aware tentang Ramadan kerana kebiasaannya akan ada banner untuk menyambut Ramadan di pasaraya. Tapi ramai yang tidak jelas, dan tidak tahu apa sebenarnya yg dilakukan oleh orang Islam ketika Ramadan, dan kenapa kita menyambut Ramadan dan Aidilfitri.


Berbalik kepada resepi ini, resepi ini adalah dari Che Mat Gebu. Katanya resepi ini dari kak Rima. Memang sedap dan simple sekali cara penyediaanya. Patutla che mat cakap biskut ini  sangat heaven. Aroma kopi dari biskut ini memang sangat menyegarkan dan memanggil-memanggil untuk dinikmati. Kekacang yang dicampur didalam adunan juga memberikan tekstur yg crunchy kepada biskut ini. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
250 gram mentega
150 gram gula perang
 3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha oil (mamadee guna mocha paste)
120 gram coklat chip
100 gram gajus, panggang dan cincang kasar
50 gram badam, panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 camca teh baking powder*
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA 

  1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha paste. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata.
  2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..



Biskut kelapa delima


Assalamualaikum semua. Ini merupakan resepi biskut klasik zaman-zaman dahulu. Resepi ini mamadee ambil dari blog che mat gebu. Dah tiga kali raya mamadee buat biskut ini, tapi tahun ini baru nak update resepi disini. Menurut che mat, ini merupakan biskut wajib dirumahnya ketika hari raya.


Bahan Utama:-
225 g tepung jagung *
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil (mamadee tak letak ceri, sebab tak ada)
Kelapa kering (mamadee warnakan kelapa kering dengan pewarna hijau)
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama-sama tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan-akan serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat-bualtkan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, June 9, 2016

Nasi Ayam


Assalamualaikum semua, Salam Ramadan untuk semua. Dah masuk hari ketiga kami di Brisbane berpuasa. Tahun ini, kami berpuasa lewat sehari dari Malaysia. Apa juadah bebuka petang ini? Di Malaysia pasti meriah dengan pelbagai kuih muih serta lauk pauk di pasar Ramadan. Berbelanjalah dengan berhemah. Dikala perut lapar, memang semua makanan kelihatan sangat enak.



Tahun ini, mamadee berpuasa pada musim sejuk lagi. Pada pukul 5 petang akan masuk waktu berbuka. Memang tak dinafikan, rutin mamadee pada bulan Ramadan ini sedikit berubah. Kiranya selepas sahur, mamadee akan terus masak nasi dan lauk pauk untuk berbuka. Jadi apabila mamadee pulang dari universiti pada waktu petang, tidaklah terburu-buru untuk memasak, dan mamadee juga dapat menyelesaikan kerja di universiti terlebih dahulu.  Dan biasanya untuk sahur, suami tidak cerewet, jadi mamadee topup sahaja lauk-lauk sampingan seperti telur dadar untuk bersahur.


Berbalik kepada resepi kali ini, pasti anda semua familiar dengan nasi ayam. Ada bermacam-macam resepi nasi ayam di internet, tetapi ini adalah cara mamadee menyediakan nasi ayam yang cepat, senang dan sedap (sedap ke?..haha) Seriusly, nampak resepi macam banyak step, tapi bila anda membuatnya sendiri, ia tidaklah sukar dan sebenarnya sangat simple.


Bahan-bahan perapan ayam
5 ketul peha ayam (mamadee gunakan bahagian peha ayam, nak guna bahagian mana-manapun boleh)
1/2 inchi halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh cuka
2 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang,
1  kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
Daun sup

Bahan-bahan nasi
Air rebusan ayam (sukatan bergantung kepada jenis beras)
2 cawan beras
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
1/2 inchi halia
 1 sudu besar minyak
1 sudu besar butter atau majerin
1 bunga lawang
1  kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan halia, bawang putih, garam dan cuka pada ayam. Perap dalam 5 minit. Masukkan ayam tadi kedalam periuk. Masukkan air biar ayam tenggelam. Rebus ayam sehingga masak.
2. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk. Letakkan ayam didalam mangkuk, campurkan kicap manis. Lumurkan kicap manis pada ayam. Perapkan sebentar.
3. Sementara menunggu ayam diperap, basuh beras berih-bersih. Kemudian panaskan periuk nasi. Masukkan minyak dan majerin. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan beras kedalam periuk. Gaul-gaulkan beras dengan minyak. Selepas seminit, masukkan air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi. Sukatan air bergantung kepada jenis beras. Masukkan halia dan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Kemudian kita sediakan sup. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang didalam periuk. Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah sup siap, taburkan daun sup.
6.  Seterusnya, kita sediakan ayam. Ayam yang telah siap diperap tadi digoreng. Jangan goreng terlalu lama kerana ia cepat hitam dan akan keras.

Bahan-bahan aksesori

Bahan sos
1 biji tomato
5 biji cili
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air

Cara menyediakan sos.
1.Campur semua bahan dalam blender. Kisar sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk.  Masak sebentar dengan api kecil. Kemudian pindahkan kedalam mangkuk

Bahan-bahan kicap
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam (atau nk guna sup ayam pun boleh)

Cara-cara menyediakan   kicap
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.


Bahan-bahan ulam
hirisan tomato
daun salad
hirisan timun batang
taugeh (dicelur sebentar, kemudian masukkan kedalam pinggan, curahkan kicap dan sup ayam keatasnya, dan taburkan daun bawang)


Friday, June 3, 2016

Homemade burger patty


Assalamualaikum semua pembaca. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya. Tahun ini mamadee berpuasa di bumi Australia lagi. Tiga tahun berturut-turut kami disini berpuasa pada musim sejuk. Tempoh berpuasa singkat sedikit berbanding dengan Malaysia.  Tapi berpuasa pada musim sejuk ini ada cabaran yg tersendiri. 

Berbalik kepada resepi, kali ini mamadee menyediakan beef burger. Burger patty tersebut mamadee adunkan sendiri mengikut citarasa sendiri. Tekstur burger patty ini juicy dan rasa seakan-akan gourmet burger. Mungkin kerana mamadee adunkan bersama parutan keju parmesan didalam adunan ini. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
500g daging lembu kisar
1 biji telur
1/2 cawan bread crumbs putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh rempah piri-piri
1/2 sudu teh lada hitam
1 labu bawang besar holland dicincang halus
1/3 cawan parutan keju parmesan
Garam secukup rasa

Cara membuat burger patty
1. Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Kemudian bentukkan 6 biji bebola. Leperkan bebola daging tersebut.
3. Sejukkan didalam peti ais selama 15 minit.
4. Sedia untuk digoreng/bakar.

Cara menyediakan burger.
1. Panaskan kuali non stick. Letakkan satu sudu  besar majerin/butter.  Kemudian letakkan burger patty diatas kuali tersebut.
2.  Sprinkle sedikit lada sulah, lada hitam, kicap manis ke atas burger patty yg sedang digoreng tadi.
3. Balik-balikkan patty tersebut sehingga kedua-dua belah agak garing. Setelah burger patty masak, bolehlah dihidang bersama roti bun, hirisan tomato, hirisan bawang, salad dan sos kegemaran.