Thursday, March 24, 2016

udang goreng kari ala mamak


Hari ini cuti umum sempena easter. Udang suami bawa pulang dari menjala masih banyak. Mamadee fikir kononya nak masak istimewa sket hari ni. Dok belek-belek resepi, terjumpa resepi udang goreng kari ala mamak dekat blog wattie. Mamadee sediakan juga ikan goreng n sayur goreng ala kedai mamak untuk disajikan bersama. Kalau ada nasi kandar lagi terangkat.



Bahan-bahan
1 kilo udang 
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - saya letak 2 sudu besar
1 sudu teh biji sawi (mamadee tambah)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah


Cara-cara

1.Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
2.Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
3.Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari, biji sawi hingga naik bau.
4.Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
5.Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
6.Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.


Udang seri rampai



Assalamualaikum semua, lama sgt mamadee tak sempat update blog. Hujung minggu lepas suami mamadee pergi menjala bawa balik udang segar. Udang segar mmng sedap, isinya manis-manis. Biasanya kalau masak udang, mamadee masak sambal atau gulai lemak. Tapi kali ni, tgh google resepi udang,  terlihat udang seri rampai dekat blog che mat gebu. Memang sedap, rasanya ada gabungan rasa rendang n kari. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah sederhaha besar
1 cawan pati santan
1 cawan air
2 camca besar kerisik
2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun kari (mamadee tambah)
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kari ikan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai, dihiris halus*
10 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepala udang, buat hingga siap, cuci, tos dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/3 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air jika perlu), kacau rata dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, daun kari, air dan tuang santan pekat. Tambah gula melaka, kerisik dan asam gelugor. Bila kuah pekat, masukkan udang. Gaul rata dan masak hingga hampir kering tapi masih berkuah.
  4. Tambah garam secukupnya dan masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Angkat dan hidangkan...