Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri. Alhamdullilah sambutan hari raya disini, walaupun tak semeriah di Malaysia, tapi masih diberi kesempatan berkumpul bersama dengan rakan-rakan pada hari raya di rumah terbuka. Kami di Brisbane menyambut hari raya pada hari Sabtu, lewat sehari daripada Malaysia.
Hari Rabu selepas raya, alhamdulillah saya berjaya lulus mid-candidature milestone kedua saya sepanjang pengajian PhD disini. Dan hari Khamis selepas itu, ada sambutan raya di universiti. Kami komuniti pelajar Islam dari pelbagai negara, Malaysia, Indonesia, Singapura, Oman, Bangladesh, Saudi dll.. mengajurkan morning tea sambutan hari raya. Komuniti pelajar Islam di fakulti tidaklah ramai, tapi kami bersepakat untuk mengajurkan sambutan raya untuk bersama-sama dengan warga fakulti yang lain, dan berkongsi kegembiraan bersama. Saya sangat sukakan diversity yang ada di bumi Australia ini. Even, ada segolongan anti-Islam, tetapi alhamdullilah, rakan-rakan dan staf non-muslim di university mereka sangat terbuka dan meraikan kepelbagaian.
Passion fruit (markisa) |
Okay, berbalik kepada resepi kali ini, saya menyediakan pavlova untuk disajikan ketika sambutan raya di university. Licin, sekejap sahaja, mungkin sesuai dengan selera mat saleh disini.hehe. Saya kurangkan gula dari resepi asal, kerana kebiasaannya pavlova adalah sangat manis. Saya lebih gemar pavlova disajikan dengan passion fruit (markisa) daripada sekadar strawberry semata-mata. Rasa unik passion fruit (markisa) memberikan umpph pada pavlova tersebut. Jom lihat resepinya.
Sumber resepi : BBC food.
For the meringue
4 egg whites
250g caster sugar (I reduce the sugar to 150 g)
1 tsp white vinegar
1 tsbp cornflour
1 tsp vanilla extract
For the topping
200g strawberries
3 passions fruits
350ml double cream (I use whipping cream)
Method
- Heat oven to 150C/130C fan/gas
- Using a pencil, mark out the circumference of a dinner plate on baking parchment. Whisk the egg whites with a hand mixer until they form stiff peaks, then whisk in the sugar, 1 tbsp at a time, until the meringue looks glossy. Whisk in the vinegar and vanilla. Fold in the cornflour.
- Spread the meringue inside the circle, creating a crater by making the sides a little higher than the middle. Bake for 1 hour, then turn off the heat and let the Pavlova cool completely inside the oven.
- Whipped the cream until it is thick and spoon able
- When the meringue is cool, scoop the cream onto the pavlova.
- For serving: Cut passion fruits in half, and scoop out pulp and seeds. Layer on strawberries and passion fruit. Serve immediately.
*I prepare the meringue one day before served.
Edisi bahasa melayu
Bahan-bahan
Untuk meringue
4 putih telur
150 g gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
Untuk topping
200g strawberries
3 passions fruits (markisa)
350ml double cream (I use whipping cream)
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 150C/130C
- Tekap bentuk bulat menggunakan pinggan pada kertas minyak dan terbalikkan kertas tersebut semasa meletakknya dalam loyang pembakar. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga kental. Masukkan cuka makan dan putar sebati. Ayak tepung jagung dan gaul dengan spatula hingga rata.
- Letakkan meringue tadi di atas loyang pembakar. Ratakan dalam garisan bulatan yang telah kita lukis tadi. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 130C, bakar selama 1 jam. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
- Putar whipped cream sehingga kental.
- Bila pavlova seudah sejuk, untuk menghidangnya, letakkan whipped cream tadi. Belah dua buah markisa, dan korek isinya menggunakan sudu. Letakkan buah strawberry dan isi buah markisa di atas krim tadi.
*TIPS: Saya sediakan pavlova awal sehari. So masa nak hidang baru diletakkan krim.
Pavlova kena sejuk secara semulajadi di dalam oven, jangan cepat-cepat nak keluarkannya untuk elakkan pavlova retak.
Jangan overbeat putih telur, jika tidak pavlova akan kembang dan pecah-pecah. Rasa pavlova masih sedap, tapi rupa tak cantik je la.
Salam.mama Dee...nak try ni...mcm best....ohyaselalunya kuning telur tu kita buat apa pula....
ReplyDeletewslm ainoor, biasanya dee goreng je telur tu..hehe
DeleteSalam.mama Dee...nak try ni...mcm best....ohyaselalunya kuning telur tu kita buat apa pula....
ReplyDeletekecur liurrr...... buah markisa tu yg buat kecur.. masam2 manis.. adoi
ReplyDeleteya.. memang sedap buah markisa tu.;)
Delete