Salam sejahtera semua. Biasanya Mamadee berkongsi resepi, tapi kali ini apa kata Mamadee berkongsi tip2 untuk mengambil gambar makanan, supaya gambar kelihatan cantik dan nampak professional. Mamadee bukanlah pakar dalam photography, tapi Mamadee selalu rujuk kepada website di internet dan bertanya kepada rakan-rakan yang mahir. Jangan malu bertanya ketika belajar. Asas untuk mendapat gambar yang cantik ialah CAHAYA. Untuk mendapatkan gambar yang nampak 'hidup' anda perlu menggunakan cahaya natural seperti cahaya matahari. Tak kisahlah jika anda menggunakan kamera canggih DSLR atau smartphone, kunci asas untuk dapatkan gambar yang cantik adalah penggunaan cahaya yang betul. Jangan sesekali menggunakan direct flash dihalakan kepada subject/makanan walaupun keadaan cahaya tidak mencukupi. Gambar yang dihalakan flash secara direct kelihatan mendatar dan tidak menarik. . Untuk pengguna DSLR, jika anda mahu menggunakan flash, pantulkan flash ke dinding. Gambar rajah di bawah menerangkan asas setup untuk mengambil gambar.
image source oneofcrew.com
Jika anda mengambil gambar makanan di dalam rumah/bangunan, cari tempat berdekatan tingkap yang mana sumber cahaya matahari adalah paling maksimum. Mamadee menggunakan foam board putih sebagai reflektor cahaya. Mudah dan murah.
Banyak lagi tips2 untuk mengambil gambar. Bersambung di lain waktu. :)
No comments:
Post a Comment