Monday, February 23, 2015

Butter cake gebu


Salam sejahtera semua. Last weekend saya sempat baking butter cake. Saya memang big fan of butter cake. Ia simple, klassik, sedap dan tak muak. Kalau ikut nafsu, sebiji kek saya boleh habiskan sorang-sorang.haha.  Tapi biasanya, butter cake yg dibeli di kedai jarang menepati citarasa. Kadang-kadang tak gebu, butter tak rasa. Kali ini saya cuba resepi dari Wendyinkk.. memang sangat sedap. Tekturnya ringan dan gebu. Butter cake sgt wangi. Kek ini seolah-olah cair dimulut..giteww. 



Source Wendyinkk


Original recipe Mrs Ng SK
Ingredients

 230gm butter (salted), softened (cool at 18-20C, not glossy)
200gm eggs, no shell (4 grade B eggs)
50gm + 150gm sugar
200gm self raising flour, sifted.
60ml milk
1 vanilla bean, seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)


Methods
1. Preheat oven at 180C (conventional). (I only use 170C). Prepare a 8 inch square pan. Line the base and grease the sides (greasing helps the cake’s sides to rise well)
2. Separate the eggs, and place the whites into a medium sized bowl (6 cup capacity)Beat egg whites until soft peaks, gradually add 50gm sugar and beat until stiff. Set aside.
3. Cream butter and 150gm sugar until pale and fluffy (KA speed 2-4 ). Put in vanilla seeds and and beat for a while. Put in egg yolks one by one and beat well after each addition.
4. Put in half the flour and mix on low speed until incorporated. Put in milk in 2 additions and mix until well incorporated. Mix in balance of flour.
5. Put half the egg whites in and mix on low speed. Pour the balance of egg whites in and FOLD.
6. Pour batter into pan and level.
7. Bake for 45 minutes or until skewer comes out clean. (I reduced to 150C for the last 15 minutes because the top seems to be getting dark)


Versi bahasa melayu


Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak (boleh juga guna tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
60ml susu segar
1 sk vanilla extract
  Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

  2. Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

  3. Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

  4. Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

  5. Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

  6. Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

Monday, February 16, 2015

Do it Yourself cake stand


Assalamualaikum semua.  Hari ni mamadee nak cerita pasal cake stand.  Kadang2 kek yg simple2 bila letak atas cake stand automatic nampak classy and style habis. Tapi of course la kan, cake stand yg cantik2 boleh tahan juga harganya.  Kalau di brisbane ni, musim krismas akan banyak la design cake stand yg cantik2 keluar. Tapi kalau nak jimat jgn beli sebelum krismas, sila beli selepas krismas..haha..memang harga akan 70% jauh lebih murah.


Mamadee dah lama aim nak beli cake stand baru. Kononnya before balik Malaysia nak bagi penuh satu almari la cake stand yg hebat2. Tapi krismas lambat lagi nk tunggu sale..huhu. dok belek2 cake stand kat kedai, yg berkenan di hati cost about 50 dollar.  Angkat letak, angkat letak...last2 tak beli sebab bukan keperluan kononya.huhu.

Dok terbayang2 cake stand colour hitam merah yg cantik tu. Tak boleh jadi ni..last2 mamadee pergi ke kedai discount.  Kat sini barang murah2. Mamadee beli satu black dinner plate harga aud3 dan satu red bowl harga aud2 dan gam yg bersesuaian.





Sapu gam disekeliling bahagian bawah mangkuk merah tadi.


Lekatkan mangkuk pada tengah2 pinggan. Tindih dengan buku2. Supaya ia betul2 kemas.



Tadaaaa... dah siap cake stand baru mamadee. Cost tak sampai 10 dollar.haha. 

So pada sesiapa yg nak cuba buat sila lah. Kalau anda jumpa.candle holder lagi cantik utk jadikan base cake stand tadi.
Selamat mencuba..

Tuesday, February 3, 2015

Cekodok pisang



Salam semua. Ini adalah entry saya di petang hari. Sudah beku di pejabat. Saban hari meneliti data yg perlu dianalisis dan diinterpretasi.  Kadang-kadang bila keterujaan terhadap kajian saya menurun 0.5%, tandanya saya perlu mengalihkan dan menyimpangkan rutin (saya pinjam istilah dari seorang pakar klimatologi)  kepada perkara lain seperti memasak dan mengetip punat kamera. Penyimpangan rutin ini perlu agar saya tidak terlalu taksub kepada sesutu perkara sahaja dan kekal dalam kewarasan.

  Sudah lama resepi ini tersimpan dalam draft.. sudah beberapa purnama, tidak dihiraukan oleh saya untuk dipaparkan kepada umum.  Namun atas dasar 'khidmat masyarakat' akhirnya resepi ini dipaparkan juga. Azam saya tahun ini, semoga saya lebih banyak dapat berkongsi ilmu, resepi, resepi yang mudah kepada semua. Satu perkara yang perlu saya pahat dalam fikiran, yg berkunjung di dapur maya saya ini, bukan semunya tahap masterchef, ada yang baru hendak mengenal yang mana satu ketumbar, yang mana satu jintan. Jadi eloklah, kiranya jika sekali sekala kongsikan resepi yang mudah, yang lazim dan tidak kompleks, supaya tahap keberjayaan menyediakan hidangan menghampiri 100%. 


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas (saya x guna pisang emas..sebab x jumpa cari kat sini.  Saya guna pisang Cavendish.)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum 
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2,buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.