Tuesday, September 16, 2014

Daging goreng ketumbar






 Cuti sekolah telah pun bermula. Ada yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung,  ada juga yang melancong. Tapi kali ini, saya masih sibuk dengan urusan research. huhu. Tak sempat nak bercuti lagi. Kata orang tua-tua, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Target mahu menyelesaikan data collection ini secepat mungkin. Data yang perlu dianalisis juga sangat banyak. Nak menangis rasa bila tengok kerja-kerja yang semakin bertambah. Tapi itulah kan, 'kemanisan' dalam menuntut ilmu. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 



Untuk makan malam hari ini, saya menyediakan hidangan ringkas sahaja. Tetapi menjadi kegemaran kami sekeluarga, iaitu daging goreng ketumbar. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
100 g daging yang dipotong kecil-kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu teh ketumbar ditumbuk kasar-kasar
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 labu bawang besar holland
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 sudu besar  kicap manis
cili capsicum (optional) dipotong kecil-kecil

Cara-cara
1. Gaulkan serbuk kunyit, bawang putih, ketumbar, garam dan gula dengan daging
2. Biarkan sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan kuali, masukkan daging dan sedikit air.
4. Setelah air daging tadi kering, masukkan sedikit minyak
5. Goreng daging sehingga hampir masak, masukkan bawang besar yang dihiris. Dan juga masukkan kicap manis
6. Goreng daging sehingga masak dan bawang besar layu. 



No comments:

Post a Comment