Selamat berhujung minggu semua. Hari minggu ini saya tidak kemana, hanya meluangkan masa dirumah bersama anak dan suami setelah sibuk sepanjang minggu. Kali ini saya bersama Ilham (anak saya) membuat trek lumba dari tissue rolls yang terpakai. Aktiviti ini dapat mengasah kreativiti anak-anak dan juga mesra alam serta jimat kos. Apa yang anda perlukan adalah beberapa tissue rolls terpakai, blue tack dan aluminium foil.
Langkah pertama adalah, belah tissue rolls menjadi dua bahagian. Seterusnya lekatkan blue tack di sebelah bahagian.
Kemudian, apa yang anda perlukan adalah dinding yang lapang untuk anak anda berkreativiti menyusun tissue rolls tersebut untuk membentuk satu trek lumba.
Bermacama-macam bentuk boleh dibina. Biarkan anak anda bebas berimaginasi.
Untuk membuat bola yang digunakan untuk trek ini, saya menggunakan aluminium foil. Gunting sedikit aluminium foil dan keronyokkan menjadi bulat seperti bola. Jom layan video anak saya bermain trek lumba ini :)
No comments:
Post a Comment