Sunday, June 29, 2014

KUIH CARA PANDAN


Assalamualaikum semua. Hari ini mulanya 1 Ramadhan di bumi Brisbane. Tahun ini, sekali lagi kami berpuasa ketika musim sejuk. Waktu berpuasa tidak begitu panjang jika dibandingkan dengan Malaysia. Untuk berbuka petang ini, saya menyediakan kuih cara sebagai pembuka hidangan. Sebenarnya acuan kuih cara ini dari tahun lepas lagi saya membelinya, Tapi tahun ini baru hendak dirasmikan. hehe. 


Adunan untuk membuat kuih cara ini juga sangat mudah. Resepi ini saya ambil dari dapur che mat gebu. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara  atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Friday, June 27, 2014

PIZZA CHICKEN HAWAII SUPREME

Assalamualaikum semua. Ini merupakan post yang dah lama tertangguh. Hari ini baru sempat nak update blog..hu2.  Tak silap saya, dua minggu lepas saya buat piza homemade ni kerana mengidam nak makan piza ala2 pizza hut. Nasib baik ada bread maker, so tak ada la letih sgt nk menguli doh roti. Saya ni pula tak la begitu pandai bab uli menguli.

Resepi roti pizza ini saya ambil dari blog che mat gebu. Mmng gebu rotinya.  Sosnya pula saya buat sendiri. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan sos
 5 sudu besar sos tomato
1 sudu teh oregano 
1/2 labu bawang besar dipotong dadu

Bahan-bahan aksesori
200g ayam kisar
Nenas kiub dalam tin
Sosej
Cendawan butang dihiris nipis
Keju parmesan+mozarella+cheddar yang diparut (saya beli je campuran keju yang dah siap2 dipaket untuk ditabur atas pizza)
1/2 labu bawang besar kuning dipotong bulat
Capsicum dipotong dadu



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
  3. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  4.  Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Cara membuat sos.
1.  Tumis bawang besar, masukkan sos  tomato dan daging ayam kisar dan oregano. 
2. Jika kurang masin, tambahkan garam.
3. Biarkan sehingga ayam masak.








DONUT GEBU MAYONIS

Assalamualaikum. Untuk minum petang hari ini saya menyediakan donut mayonis. Dah banyak kali sebenarnya saya cuba resepi ini, memang resepi donut terbaik setakat ini. Donut kekal gebu walaupun ketika sejuk. Esok dah start berpuasa..jadi hari ini sekadar berehat dirumah sahaja. Jadi sempatlah membuat donut untuk disajikan untuk seisi keluarga. Jom lihat resepi. Resepi ini saya ambil dari kak ita masam manis.




Bahan-bahan


330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis 
1 sudu besar susu tepung/ susu pekat manis
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula 
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread maker(BM) 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.


Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.