Sunday, May 4, 2014

PRETZEL BERSALUT COKLAT



Sekarang saya tengok pretzel juga tengah "in" di Malaysia. Kali ini saya  akan kongsikan apa yang anda boleh buat dengan biskut mini pretzel. Pretzel ini rasanya masin-masin sedikit, jadi memang sesuai jika digabungkan dengan rasa manis coklat.

Untuk resepi kali ini saya hanya menggunkan mini pretzel segera yang boleh dibeli di pasar raya.
Contoh mini pretzel yang boleh dibeli di pasar raya.
Senang sahaja untuk menyediakan pretel bersalut coklat ini. Aktiviti ini sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Pretzel bersalut coklat ini sebenarnya dibuat oleh anak saya yang berusia 3 tahun.
Senang sahaja resepinya

Bahan-bahan
Sebungkus mini pretzel
300 g coklat masakan
Sprinkel bewarna warni


Cara-cara
1. Cairkan coklat secara double boiler ataupun gunakan microwave. Saya gunakan microwave, sangat senang panaskan coklat selama 20 saat dan kemudian keluarkan dan kacau sehingga semuanya cair.
2. Kemudian celupkan pretzel kedalam coklat dan selepas itu celup kedalam sprinkles.
3. Letakkan pretzel yang telah siap atas loyang yang telah dialas dengan kertas.
4. Biarkan pretzel tersebut benar-benar kering sebelum dipindahkan kedalam balang.


6 comments:

  1. Pretzel dah lama beli, tinggal nak 'mengerjakannya' je lom terbuat lagi... hehehe

    ReplyDelete
  2. ingtkan pretzel tu pun kak diyana buat. hahaha

    ReplyDelete
  3. @sharifah shereenhaha rajin la sgt akak nk buat pretzel kecik2..

    ReplyDelete
  4. @MamaFaMi haha, biasa la kan macam tu. Time beli mmng idea nak buat macam2. tapi selalu x sempat kan.

    ReplyDelete
  5. Kertas tu kn kertas ape? Kertas minyak?

    ReplyDelete