Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa hidangan sarapan anda pagi hujung minggu ini? Kali ini saya menyediakan nasi goreng cina yang ringkas. Dah tak ada idea nak masak apa. Ini nasi goreng cina versi saya, saya pasti banyak lagi resepi lain di luar sana. Nasi goreng cina ini saya rasa masakan yang paling senang dan tak memerlukan banyak rencah.
Bahan-bahan
5 cawan nasi putih
3 ulas bawang putih
isi ayam dipotong kecil-kecil
udang
carrot
kacang panjang *optional
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
1 biji telur
Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak
3. Masukkan udang, garam dan lada sulah Kacau sebentar untuk bagi udang masak.
4. Masukkan nasi putih. Gaul rata.
5. Masukkan sayur-sayur yang digemari.
6. Gaul nasi sehingga rencahnya sebati.
7. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengah nasi. Pecahkan telur. Biarkan telur 3/4 masak. Kemudian gaul telur tersebut dengan nasi. Siap, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment