Kari Ketam Kerala
Assalamualaikum semua pembaca. Untuk berbuka puasa petang ini Mamadee cuba resepi baru ini. Blogwalking mencari resepi ketam di alam maya, Mamadee terpikat melihat ketam kari kerala ni di blog Qaseh Honey. Nampak sgt menyelerakan. Bahan-bahannya pula kebetulan semua dah ada kat rumah. Apa lagi, terus Mamadee masak pagi tadi sebelum ke universiti.
Resepi ini sedikit berbeza dari resepi kari biasa. Kerisik, serbuk ketumbar dan lada kering yang disangai bersama memberikan aroma dan rasa yang unik dan lazat kari kerala ini. Mamadee tidak memotong ketam tersebut, kerana bila dipotong semasa memasaknya, isi ketam akan kurang manis dan menjadi agak kering. Jadi, selepas dibersihkan, terus masukkan seekor sedebuk kedalam kuali. Jom lihat resepinya.
Sumber Qaseh Honey
Resepi asal Chef Rose
Bahan-bahan
1 kg ketam (mamadee guna 2 ekor ketam saiz besar, tak perlu dipotong)
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 biji tomato – dihiris (mamadee guna tomato ceri, so tak perlu potong)
3 biji cili hijau – dihiris
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
300 ml air @ secukupnya
1/2 cawan sedikit santan pekat
garam secukup rasa
2 biji kentang – belah 4
Bahan Pes Rempah
1 cawan kelapa parut
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 tangkai cili kering (hiris halus dan buang biji)
Bahan Tumis Darat
2 sudu besar biji sawi
1 genggam kecil daun kari
4 tangkai cili kering – dipotong serong (buang bijinya)
100 ml minyak masak
Cara-cara
- Terlebih dahulu sediakan bahan untuk pes rempah
- Sangai kelapa parut lebih kurang 8 minit atau sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan cili kering.
- Teruskan menyangai untuk selama beberapa minit sehingga berbau harum.
- Selepas itu, tumbukkan bahan tersebut sehingga menjadi kerisik dan pecah minyak. Ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau.
- Bila sudah layu sedikit, masukkan hirisan halia.
- Teruskan menumis sehingga bangkit bau.
- Masukkan bahan kerisik yang ditumbuk tadi bersama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar (jika masa ini tumisan terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air). Teruskan menumis untuk beberapa minit.
- Bila sudah harum, masukkan ketam dan balik-balikkan ketam tersebut agar serata dengan rempah tumisan.
- Setelah ketam berubah warna, masukkan air dan hirisan buah tomato serta garam.
- Bila sudah separuh mendidih, masukkan santan dan masaklah hingga kuah pekat atau ikut kepekatan yang disukai.
- Rasakan garam dan tambahkan gula jika perlu sebab rasa manis ketam akan turun ke kuah.
- Sementara itu untuk menyediakan tumis darat, panaskan minyak dalam kuali yang lain.
- Tumiskan bahan2 tumisan darat hingga harum. Kemudian tuangkan ke dalam kari tadi.
0 comments