Thursday, September 10, 2015

Kek pandan butterscotch



Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, ada tetamu dari Malaysia berkunjung ke rumah mamadee di Brisbane.  Kami decide utk buat makan-makan sedikit untuk tetamu. Menu hari tu yang simple2 sahaja, mamadee sediakan nasi ayam dan juga kek pandan butterscotch. Resepi kek pandan ni adalah idea yang timbul secara spontan. Seperti biasa resepi kek pandan mamadee guna resepi favouite mamadee ini dari little teochew, dan resepi sos butterscotch pula mamadee cuba buat sendiri.



Bahan-bahan sos butterscotch
2 sudu besar mentega
100 g dairy whipping cream
4 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara menyediakan sos butterscotch.

1.Panaskan mentega dan gula sehingga mencair.
2. Kemudian masukkan whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga sos menjadi pekat.

Untuk kek pandan

Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara menyediakan kek. (mamadee guna loyang 4 segi saiz 9 inchi)

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.

Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter (yang ni saya tambah untuk menjadikan topping ini lebih likat).
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara menyediakan cheese topping
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.

Cara-cara menghias kek.
1. Sejukkan kek atas redai.
2.Setelah kek sejuk, sapukan cheese topping diatasnya.
3. Kemudian, drizzle sos butterscotch di atas cheese topping tadi.

Sunday, September 6, 2015

Ayam bakar oregano





Assalamualaikum semua. Kali ini mamadee nak kongsi satu resepi yang ringkas dan sedap. Ayam ni mamadee makan begitu sahaja dengan chips dan salad. Tapi kalau nak makan bersama nasi putih pun sedap juga. Ayam ini juga juicy (tipsnya jangan bakar ayam terlalu lama, dan jangan guna suhu oven yang terlalu tinggi) dan bawang besar yang ditabur atas ayam, memberikan rasa manis-manis bawang dan sedap.


Mamadee ada terbaca tips dari blog mamak haji, untuk sediakan ayam bakar yang sedap, kombinasi asid (dari jus limau atau cuka), garam dan gula mesti ada, barulah ayam bakar yang dihasilkan sedap. Memang menjadi tips dari mamak haji ni.

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air limau nipis/ lemon
3 sudu teh oregano kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu Bawang besar holland

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Mamadee belah dua ayam.
2. Campurkan semua bahan kecuali bawang besar. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan tadi. Perap selama 2-3 jam. Atau minimum 30 minit.
3. Panaskan oven, atau boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau bakar sahaja didalam kuali non-stick.
4. Bakar ayam sehingga separuh masak, kemudian taburkan bawang besar holland yang telah dihiris nipis.
5. Sambung bakar ayam tersebut sehingga masak. Jangan bakar terlalu lama, jika tidak ayam akan menjadi kering, tak sedap. Mamadee bakar dalam oven pada sushu 160 darjah celcius selama 30-40 minit.
6. Setelah siap bolehlah dihidang, boleh dimakan bersama nasi atau dihidang dengan chips dan salad.