Friday, December 19, 2014

Sambal pauh/mangga



Assalamualaikum semua. Macam mana cuaca di tempat anda? Sekarang ni musim hujan..musim banjir. Hujan lebat mencurah-curah.  Bila sejuk-sejuk ni sedap makan nasi air panas-panas. Nasi air pula kalau dihidang dengan sambal pauh...memang marvellous. 

Sambal pauh/mangga ni memang sedap,   gabungan masam dan pedas. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
4 ekor ikan selayang/ikan sardin
3 biji mangga muda (mangga kecil2)
5 biji cili padi
Garam secukup rasa.


Cara-cara
1. Rebus ikan dengan air sedikit sahaja.
2. Setelah ikan masak, ambil isi ikan sahaja. Ketepikan.
3. Mangga muda tadi dicincang nipis.
4.Tumbuk hingga lumat cili padi dengan menggunakan lesung.
5. Kemudian masukkan garam dan mangga yg telah dicincang tadi. Tumbuk lagi.
6. Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk kasar-kasar. Gaulkan sehingga semua sebati.
7. Sedia untuk dihidang.


Friday, December 12, 2014

Vanilla bean panna cotta with chocolate ganache


Assalamualaikum semua.  Apa khabar semua pembaca? Sekarang ni cuaca memang sangat panas.  Memang rasa bahang sangat.  Memang sangat nyaman jika dapat makan pencuci mulut yg sejuk. Laju je masuk dalam mulut.

Kali ini saya gandingkan vanilla panna cotta dengan coklat ganache. Memang awesome!!!. Ini kali pertama saya cuba guna vanilla seed yang asli. Memang berbaloi guna vanila seed ni. Aromanya meresap masuk kedalam krim.   

Nak menyediakan panna cotta ni memang simple dan senang..cuba nak kena tunggu adunan betul2 set agak memakan masa. Jadi, jika anda nak makan waktu petang, pagi2 lagi anda perlu menyediakannya.

Jom lihat resepi. Resepi ini dari jamieoliver.com

Bahan-bahan panna cotta
3 sudu besar gelatin (larutkan dalam 1 sudu besar air terlebih dahulu)
120ml susu
500 ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)
60g gula
Sebatang vanila pod (belah dua vanila pod dan scrape vanilla seed dengan pisau)



Bahan coklat ganache
100g coklat compound
200ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)


Cara-cara.
1. Larutkan serbuk gelatin dalam air
2. Masukkan susu, krim, gula dan vanila seed dalam periuk. Panaskan.
3. Bila dah hampir menggelegak campurkan gelatin yg telah dilarutkan tadi. Panaskan sehingga gelatin semua larut.
4. Tutup api. Tuangkan adunan dalam ramekin atau bekas yg sesuai.
5. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cara buat coklat ganache.
1. Potong coklat compound kecil-kecil
2. Panaskan krim secara double boil. 
3. Setelah krim panas, tutup api dan masukkan coklat yg telah dipotong tadi.
4. Kacau dengan whisk sehingga semua coklat cair dan sebati dengan krim



Cara hidang.

1. Keluarkan panna cotta dari peti sejuk
2.curahkan coklat ganache di atasnya.