Thursday, October 18, 2012

SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan


Untuk Kuah:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dititik
5 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
nenas dipotong kiub
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam,& gula.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 

Sunday, October 14, 2012

KEK PISANG KUKUS


Bahan-bahan( Loyang 22cm )
  • 2 cwn gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 st soda bikarbonat
  • 4 bj telurgred A
  • 1 st ovalette
  • 1 cwn pisang dilecek
  • 3/4 cwn minyak masak
  • 1 st esen vanila
  • 3/4cwn gula
Cara-cara
  1. ayak gandum, soda dan baking
  2. dlm bekas lain,putar telur dan ovalette dgn mixer hing kembang
  3. kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. putar lg sampai sebati
  4. masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali tambahkan esen vanila
kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit

* jika guna api besar utk mengukus, kek akan merekah
* sebelum masukkan loyang dlm pengukus, tutup loyangdgn aluminium foil, utk mengelakkan air drp penutup pengukus menitis ke atas kek

Monday, October 8, 2012

KERABU MANGGA




Bahan-bahan

1 biji mangga muda
sedikit ikan bilis yg telah digoreng
kacang tumbuk
3 ulas bawang merah
sebatang serai dihiris nipis
4 tangkai cili padi
2 sdb sos ikan
2 biji limau nipis - diambil jusnya
1 sdb gula
sedikit garam


Cara-cara.

1. Cincang halus mangga muda
2. Campurkan semua bahan, gaul sehingga sebati.


SOTONG BAKAR SPECIAL




Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz sederhana
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 sdb cili giling*
sebatang serai-* dihiris halus
1cm kunyit*
3cm halia*
3cm lengkuas*
2 sdb air asam jawa*
1 sdb gula* (saya guna hirisan gula melaka)
sedikit garam*
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam blender. Kisar sehingga lumat
3. Letakkan sotong di atas aluminium foil.
4. Curahkan bahan kisar tadi keatas sotong.
5. Tabur daun limau purut dan daun kunyit yg telah dihiris halus.
6. Bungkus sotong dengan aluminium foil
7. Bakar sehingga masak dlm oven/ letakkan dlm kuali tanpa minyak dan ditutup dgn penutup periuk (bakar sekejap sahaja dlm 10-15 minit, kerana sotong cepat masak, jika terlalu lama dimasak, rasa manis sotong akan hilang)

Saturday, October 6, 2012

Agar-agar naga dangdut



Bahan-bahan

Satu paket agar2 kering / boleh guna juga serbuk agar2 dlm kotak
Air (sukatan nisbah 3:1 , 3cawan air: 1 cwn agar  - jika guna agar2 kering, tapi jika guna agar2 serbuk dlm kotak, sila ikut arahan pada kotak :))
nenas dlm tin
1 biji buah naga
2 biji telur
3 sudu bsr mentega
1 cwn susu sejat (sila adjust dgn nisbah sukatan air, akut agar2 terlembik)
5 sudu bsr gula


Cara-cara

1. Masak agar2 dgn air dan gula
2. Susun buah naga yg dipotong kiub dan buah nenas kiub di dasar loyang
3. Curahkan separuh adunan agar kedalam loyang.
4. Sejukkan.
5. Sementara itu, kisar buah naga + air nenas dlm tin
6. Masukkan kisaran buah naga kedalam periuk yg berisi agar2, perlahankan api.
7. Masukkan mentega, susu dan telur. Kacau perlahan2
8. Curahkan adunan agar2 tersebut ke ats lapisan pertama agar2 tadi
9. Sejukkan